New Day, New Adventure!
Salam buat kengkawan sekalian. Hm... Kelmarin pi wat praktikal untuk dapat lesen L kat PSM, untuk lesen kete. Haha. Teruk btul first time bwk kete. Tapi bagus betul boleh dapat cikgu yang baik macam semalam. Lupa plaknak tanya nama dia. Adoi... Teruknya anak murid macam saya nie. Nama cikgu pun tak tanya. Macam mana nak berkat ilmu tu?
Apabila tibanya sya kat PSM tu, terlintas satu jer kat dalam benak kepala saya ni. Cari kawan saya yang dah janji nak wat praktikal ni sama- sama. Haha. Saya dah pun citerkan pasal dia sebelum ni dalam arikel "Musim Tengkujuh" tu, yang terkorban laptopnya dalam bencana tu. Dah ingat? Selepas mendaftar nama saya kat kaunter, saya pun duduk la lepak-lepak dengan kawan saya nie. Tapi tak sampai 15 minit saya berborak dengan dia, cikgu PSM dah panggil saya untuk melakukan praktikal. Padahal kawan saya yang tiba dulu. Hehe. Untung badan. Kata saya.
"Pernah bawak kete sebelum nie?", tanya cikgu tersebut memulakan bicara. " Em, tak pernah cikgu", jawab saya ringkas. Takkan saya nak jawab," Ya, sudah tentu pernah, cikgu. Malah beribu- ribu kali. Tapi dalam game la. Cikgu nak tengok saya wat drift?". Kalau itu la jawapan saya ketika itu, maunya cikgu tu nak mengajar saya. "Melayang la nyawa aku jawabnya kalau macam ni...", mungkin itu yang akan difikirkan oleh beliau.
"Okey, awak duduk sebelah dulu. Biar cikgu yang pandu dan tunjukkan pada awak", katanya. Selepas memerhatikan gerak- geri veterennya memandu kereta, saya cuba menyimpannya di dalam kotak fikiran saya serba sedikit. Selepas itu, dia menyuruh saya memandu kereta kancil tersebut. Yossshh... Hidupkan enjin. Tekan clutch. Masukkan gear satu. Yah! Lepaskan clutch macam tengah race!
Pus.... Ai, mampus lah pulak kereta ni. "Jangan la lepaskan clutch tu laju- laju sangat. Lepas slow- slow. Minyak tak payah tekan lagi pun takper", kata cikgu. ""Ya, ya cikgu. Em, Saya berdebar sebenarnya. Ni first time saya bawak kete..." kata saya perlahan-lahan. Baiklah, lepaskan clutch slow-slow ya? Saya segera menjadi lebih cepat pick-up dalam mempelajari ilmu kereta ni. Mungkin berkat bismillah pada mula-mula saya masuk kereta tadi agaknya.
Alhamdulillah. Kata cikgu, dia nak habiskan 3 jam straight hari ni. "Hm, hm, hm. Memang untung badan. Kawan saya tadi terpaksa buat 1 jam untuk sehari. Memang lambat. Taoi saya dapat habiskannya sekaligus. Setelah sejam pertama berjaya saya habiskan, kami berhenti rehat buat seketika. Hui, seronok juga bawak kete ni; fikir saya. Setelah lebih kurang 15 minit rehat-rehat kat kantin PSM, saya kembali ke dalam kereta untuk meneruskan 2 jam yang terakhir.
Setelah berpusing-pusing di dalam litar sekitar setengah jam, cikgu tu mula memberikan saya memandu kereta bersendirian. " Ada bakat agaknya aku ni...", fikir saya."... Astaghfirullah. Apa nak jadi dengan aku nie... Hm, kene hati-hati. Bertenang jer...", nasib baik saya tak naik tocang( takder pun tocangnya...).
Fuh, seronok jugak boleh bawak kete sorang- sorang macam ni. Saya boleh la press minyak skit main gear 2. Vroommm... "Hm, dah 3 jam ker cikgu?", tanya saya apabila cikgu menyuruh saya parking kete untuk ambik chop. " Ye la. Takkan nak main lama- lama lagi. Kesian la kat cikgu", kata beliau. Saya segera mengucapkan terima kasih kepada cikgu tersebut kerana memberikan saya ilmu yang baru kepada saya. Terima kasih cikgu!
Selepas mendapatkan chop daripada kakitangan yang bertugas, saya terserempak dengan kawan saya yang tadi. Patutkah saya menaipkan namanya di blog ini? Mungkin dia akan marah akan saya nanti, jadi lebih baik toksah. "Hoi, mana aci mu dapat settle 3 jam sekaligus. Aku kene 1 jam sehari", katanya;jeles. "Haha. Tu la untung dapat cikgu yang cool", balas saya selamba. "Heh, aku dapat cikgu pompuan yang garang la tadi. Aku Laju sikit jer dalam litar dah kene marah", ujarnya. "Mu ni memang orang yang tak tau bersyukur ya?" balas saya dengan nada sinis. "Mu cakap gitu sebab dapat cikgu yang best, mana aci..." balasnya pantas. Hmm.. Mungkin juga betul katanya.
"Belanja aku makan kat kantin, amru", pintanya. "Aku dah minum la tadi", kata saya menolak."Alah, minum dua kali, kan senang", katanya bersungguh-sungguh. "Okey, aku belanja, tapi dengan duit kaulah", balas saya sambil berjenaka. Tak sangka pula jenaka saya dibalas dengan jawapan ini,"Haha. Aku sengaja tak bawak duit mari sini sebab nak suruh mu belanja aku. Haha", jawabnya. Urgh... Teruknya dia ni...