Pendatang Baru
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian... Saya merupakan pendatang baru dalam dunia blog ni (bukan pendatang haram ok?). Oleh itu saya harap sebarang kesilapan atau kesulitan yang saya hadapi dapat dibantu oleh mana-mana BLOGGER YANG EXPERT yang dah join blogspot.com ni sekian lama. Sila beri tunjuk ajar!
Pada 27/11/08 yang lalu, tamatlah sudah kehidupan saya dari zaman persekolahan setelah berjaya mengharungi semua kertas peperiksaan SPM ( Semua orang pun tahu apa maknanya bukan?) MERDEKA!!!!!! Tapi, merdekanya saya di sini tidaklah semerdekanya rakan- rakan saya yang lain. Kenapa?
"Tahniah. Anda telah terpilih untuk menyertai Program Khidmat Negara!", inilah kenyataannya. Saya tertanya- tanya, bagaimanakah pemilihan ke PLKN ini dilakukan? Apa yang membuat saya bertambah ragu-ragu ialah peljar ranking TOP 5 sekolah saya, semuanya "terpilih" ke PLKN. Sedangkan pada pendapat saya, mereka juga bergiat agak aktif di dalam aktiviti kokurikulum dengan memegang jawatan- jawatan penting di dalam kelab atau apa- apa organisasi yang disertai mereka.
Saya juga tidak ketinggalaan bergiat aktif menyertai aktiviti kokurikulum disekolah. Jawatan pengerusi kelab Keusahawan dan Koperasi, Ahli Jawatankuasa Koperasi Sekolah, Ahli Lembaga Koperasi ( ALK), itu semua jawatan yang saya jawat. Tapi kesudahannya, saya masih "terpilih" ke PLKN sedangkan kawan- kawan saya yang lain yang tidak bergiat aktif di dalam aktiviti kokurikulum, bersenang - lenang di luar sana tanpa perlu risau akan PLKN.
Jadi pada pendapat saya, peserta program Khidmat Negara telah dipilih secara rawak...